Saturday, April 27

Random

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Apa khabar? Dah lama sangat aku tak update blog ni. Bukan malas tapi rasa macam takda apa yang menarik. So bila dah sebulan tak update ni mesti macam banyak cerita ye dok? Eh. Ok la firstly pasal result spm (ha ha padahal cerita ni dah basi tapi nak cerita jugak). So result aku tak lah gempak sangat macam orang lain em biasa-biasa je cukuplah lepas upu. Mulanya mungkin macam frust sikit tapi bila fikirkan balik, kenapa kita nak frust/patah hati/menangis sebab semua tu takda gunanya. Itu semua kehendak Allah. Semuanya dah ditakdirkan. Mungkin itu saja rezeki kita. Redha saja terima qada' dan qadar. Yang berlalu biarkan berlalu dan jadikan semua tu pengajaran dan pembakar semangat kita untuk lebih maju (wah ayat aku) haha tapi betul lah kan? Dalam hidup ni tak selamanya kita nak berada di atas. Ada kalanya kita berada di bawah. Cukuplah rezeki yang Allah bagi aku dapat staraight A's dalam upsr dan pmr dulu. Alhamdulillah dapat jugak merasa dapat straight A's ye dok? 

Ok cukup pasal result. Bila dah dapat result ni mulalah datang soalan-soalan
"Nak sambung mana lepas ni?"
"Apply U mana?"
"Nak ambil course apa?"
And bla bla bla.........

Dan bila datang soalan ni, mulalah aku macam err err tak tahu nak jawab apa. Bukannya aku takda arah hidup. Tapi aku taknak terlalu berharap takut frust menonggeng pulak. Eh. So semuanya bergantung pada rezeki. In shaa Allah rezeki tu ada dimana-mana dan aku akan cuba cari. 

Baru je dua tiga hari lepas offer matrik keluar dan Alhamdulillah aku dapat offer di matrik selangor; even selangor takda dalam permohonan aku dulu, kira bersyukur lah jugak dapat offer ni. At least ada lah jugak saudara around selangor tu. Tapi aku belum terima tawaran ni sebab nak tunggu result upu keluar dulu. Doakan yang terbaik ok! Wassalam.

Wednesday, March 13

Ukhwah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah tersebut (tingkatan satu), memang aku tak kenal sesiapa. Orang lain semuanya ada kawan dari sekolah rendah yang sama tetapi aku berseorangan. Berlagak cool masuk ke dalam kelas dan memilih meja paling belakang (kerana ada yang berpesan bahawa bahagian hadapan untuk pelajar lelaki). Kemudian, ada seorang pelajar perempuan sambil tersenyum lalu duduk sebelah aku. Alhamdulillah dia mudah mesra. Dan kebanyakan orang yang melihat kami pastinya bertanya adakah kami sudah lama kenal. Beberapa bulan selepas itu, dia menukar sekolah kerana mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh. Lama benar meja disebelahku tidak bertuan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk mengubah susunan meja.

Melihat aktiviti harian pelajar asrama, aku berasa tertarik untuk tinggal di asrama. Tahun berikutnya, aku meminta kepada kedua ibu bapaku untuk memohon memasuki asrama dan aku diterima. Sekali lagi aku berasa seperti orang asing. Aku tak pernah berkawan dengan rakan sebilik (tak kenal ditambahnya bukan sekelas). Rasa janggal sekali. Tak lama aku pun mula biasakan diri dan berkawan rapat dengan mereka. Aku rasa hidup di asrama mampu menguat dan mengeratkan lagi ukhwah. Yelah. Setiap hari pasti kita menghadap muka dan menjalankan rutin yang sama. 

Aku merasakan ukhwah ini makin erat bila kami memasuki tingkatan lima. Dengan adanya The Fivers (lebih kurang macam nama batch kami) kami merasa lebih dekat. Kalau sampai waktu makan, mesti semua menjerit panggil nama kawan-kawan, "weh semua, jom pegi dm" "harini lauk apa?"  "Makan ayam lah" hah macam-macam. Riuh dengan suara kami. Dah masuk DM (dewan makan) tu, mesti duduk meja paling belakang. Kalau boleh, nak jugak sumbat berbelas orang satu meja; penuh. Dah makan tu boleh pulak bersembang itu ini. Ada saja ceritanya. Itu belum dalam kawasan aspuri (asrama perempuan). Wah lagi bising gamaknya. Dulu ada sesetengah yang selalu lepak bilik gerakan. Bilik ni macam port untuk study lah jugak. Asalnya bilik iron je tapi dah boleh jadi dorm. Dengan dimasukkannya loker, tilam, meja hmm macam-macam lah. Jujur aku cakap, memang aku rindu suasana macam tu lagi. 

Perangai nakal sahabat-sahabat aku ni memang tak terkata. Macam-macam diaorang buat sampai taktahu nak cerita yang mana. Kadang bila ingatkan balik, rasa macam nak tergelak. Nak nangis pun ada. Bila fikirkan balik, dah macam orang gila. Eh. Aku tak pernah terfikir boleh habiskan sekolah macam ni. Maksud aku dengan sahabat-sahabat macam diaorang. Tak sangka boleh kenal dan serapat ini. Yelah, dulu aku sorang tak kenal sesiapa. Memang macam blur sangat dan sekarang, aku ada mereka; sahabat aku. Dan jujur, aku sayangkan ukhwah kami.

Wasalam.

Wednesday, March 6

Maaf

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Kita manusia yang mudah melakukan kesalahan. Jika ada saja salah yang kita lakukan, (tak kira sengaja atau tak) mudah saja kita ucapkan "maaf" , "sorry". Tapi, bukan mudah untuk sesetengah orang memohon maaf. Kadang, bila ego menguasai diri, kita sukar mengakui kesalahan. 

Begitu juga bila orang lain yang lakukan kesalahan. Kadang mudah untuk kita maafkan dan kadang tidak. Tapi cuba fikirkan balik, kita juga pernah dan sentiasa melakukan kesalahan. Mungkin kali ini orang lain berbuat salah pada kita dan mungkin lain kali kita pulak yang berbuat salah pada mereka. Jadi apa salahnya jika kita saling memaafkan.

Namun jangan mudah kita hancurkan kepercayaan orang. Bila orang sudah maafkan, cuba untuk tak ulangi kesalahan tersebut. Jika kita tak suka orang lakukan sesuatu perkara terhadap kita, maka kita jangan lakukan perkara tersebut pada orang lain. Contoh; kita tak suka orang menipu kita, so kita jangan menipu orang lain. Get it? Good. Fikir dan renungkan! 

"Apologizing does not always mean that you're wrong and the person is right. It just means that you value your relationship more that your ego."