Wednesday, March 13

Ukhwah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sekolah tersebut (tingkatan satu), memang aku tak kenal sesiapa. Orang lain semuanya ada kawan dari sekolah rendah yang sama tetapi aku berseorangan. Berlagak cool masuk ke dalam kelas dan memilih meja paling belakang (kerana ada yang berpesan bahawa bahagian hadapan untuk pelajar lelaki). Kemudian, ada seorang pelajar perempuan sambil tersenyum lalu duduk sebelah aku. Alhamdulillah dia mudah mesra. Dan kebanyakan orang yang melihat kami pastinya bertanya adakah kami sudah lama kenal. Beberapa bulan selepas itu, dia menukar sekolah kerana mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh. Lama benar meja disebelahku tidak bertuan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk mengubah susunan meja.

Melihat aktiviti harian pelajar asrama, aku berasa tertarik untuk tinggal di asrama. Tahun berikutnya, aku meminta kepada kedua ibu bapaku untuk memohon memasuki asrama dan aku diterima. Sekali lagi aku berasa seperti orang asing. Aku tak pernah berkawan dengan rakan sebilik (tak kenal ditambahnya bukan sekelas). Rasa janggal sekali. Tak lama aku pun mula biasakan diri dan berkawan rapat dengan mereka. Aku rasa hidup di asrama mampu menguat dan mengeratkan lagi ukhwah. Yelah. Setiap hari pasti kita menghadap muka dan menjalankan rutin yang sama. 

Aku merasakan ukhwah ini makin erat bila kami memasuki tingkatan lima. Dengan adanya The Fivers (lebih kurang macam nama batch kami) kami merasa lebih dekat. Kalau sampai waktu makan, mesti semua menjerit panggil nama kawan-kawan, "weh semua, jom pegi dm" "harini lauk apa?"  "Makan ayam lah" hah macam-macam. Riuh dengan suara kami. Dah masuk DM (dewan makan) tu, mesti duduk meja paling belakang. Kalau boleh, nak jugak sumbat berbelas orang satu meja; penuh. Dah makan tu boleh pulak bersembang itu ini. Ada saja ceritanya. Itu belum dalam kawasan aspuri (asrama perempuan). Wah lagi bising gamaknya. Dulu ada sesetengah yang selalu lepak bilik gerakan. Bilik ni macam port untuk study lah jugak. Asalnya bilik iron je tapi dah boleh jadi dorm. Dengan dimasukkannya loker, tilam, meja hmm macam-macam lah. Jujur aku cakap, memang aku rindu suasana macam tu lagi. 

Perangai nakal sahabat-sahabat aku ni memang tak terkata. Macam-macam diaorang buat sampai taktahu nak cerita yang mana. Kadang bila ingatkan balik, rasa macam nak tergelak. Nak nangis pun ada. Bila fikirkan balik, dah macam orang gila. Eh. Aku tak pernah terfikir boleh habiskan sekolah macam ni. Maksud aku dengan sahabat-sahabat macam diaorang. Tak sangka boleh kenal dan serapat ini. Yelah, dulu aku sorang tak kenal sesiapa. Memang macam blur sangat dan sekarang, aku ada mereka; sahabat aku. Dan jujur, aku sayangkan ukhwah kami.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment